Friday 26 April 2013

errkk..hebat ker rancangan manusia? =,='

Pernah tak sahabat sekalian dengar rancangan di kaca televisyen.Teringat msa ana masih kecil,setiap kali nak maghrib , masa tu la keluar sailormoon kuasa bulan,goku dan pelbagai lagi.Ana adik beradik sangat takut dengan abuji yang kami panggil abuyah..Semua duk beratur depan tv nk tengok citer kartun tp just imagine,in a second,semua lesap bila dengar bunyi tapak kaki abuyah baru balik berkebun..haha..Hebat tak hebat aura abuyah..Hmm..untung kami adik-beradik yang pusar 2 ni sebab dapat abuyah yang beraura unik..Orang tua2 kata kalau anak pusar 2 tu nakal lajak..wallohu'alam..Abuyah tak pernah sesekali naik tangan pada kami cuma gertak nk pukul ada la..nasib zaman kekecik dulu tak da perakam video..kalau tak mesti kiteorang rakam waktu emas mse kecik dulu..Seronok bila imbas semula pengalaman..Ana yakin,sahabat ana semua mesti ada pengalaman lagi best dari ni..Percayalah sahabat fillah,

Guru teRbaik dalam kehidUpan setiAp insan aDalah penGalaman Masa lalu...
 Yang sebenarnya bukan ana nak citer perkara di atas,tpi coretan ana kali ni nak bandingkan rancanagn manusia yang bersifat Manhaji berbanding rancangan Allah sebagai pencipta yang bersifat Robbani.Kadangkala manusia terlalu optimis dengan rancangan diri sendiri sehinggakan merasa pasti setiap yang dirancang akan terlaksana.Walhal,di satu sudut yang lain,segala sesuatu telah ditetapkan sejak di alam rahim lagi...Maka,jelaskah sahabat sekalian akan rapuhnya rancangan manusia seakan-akan sarang labah-labah(al-ankabut) yang bakal putus anytime jer..

Sebagai manusia,kita punya pilihan untuk berusaha namun setakat manakah usaha kita akan berjaya sekiranya kita hanya berusaha tanpa iringan doa..Mampukan kita memakan nasi sekiranya tangan tidak bergerak memasukkan nasi kedalam mulut..except orang yang disuapkan..=,='

Allah mempuyai perancangan yang lebih hebat daripada kita.Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Lalu,adakah kita perlu berdiam diri lantas menerima segalanya tanpa usaha..Alangkah rugi dan kolotnya orang yang berfikiran cetek sebegini..Sudah tentu,kita berusaha dan pada masa yang sama serahkan segala yang bakal terjadi itu kepada sang Khaliq..Dan pada saat itulah kita akan diuji samada kita termasuk golongan berbaik sangka mahupun sebaliknya -nauzubillah- kepada Allah.

Sebuah hadis Qudsi ..Aku menurut sangkaan hambaku.Terserah kepada mereka tentang sangkaan padaku..

Seberapa indahpun rencana kita...jauh lebih indah rencana Allah untuk kita..

Tak pernah terlintas dibenak ana untuk mendaki puncak gunung tinggi menggapai awan biru,mengelilingi Pulau Langkawi indah semulajadinya,menjadi pelajar cemerlang sekolah..tiada satu pun daya melainkan daya kekuatan dari Allah..rupanya Allah telah siap aturkan rencana hebat menyampaikan ana dengan izinNya lewat takdir hidup..Alhamdulillah ..Maha Suci Allah..demi jiwaku dalam genggamanNya..Kemudian Allah tambah lagi nikmatnya memilih ana sebagai wakil untuk ke majlis ilmu yang ana kira cukup menyentuh kalbu..bertemu dengan sang Murabbi yang dikasihi Ustaz Joha di SBPI Kuantan..Menjejaki Maahad Tahfiz yang menjadi idaman ana untuk menuntut disana..walau sebantar cuma,namun ia sudah lebih dari cukup bagi ana al-faqir ilallah..Banyak lagi nikmatnya yang mana mungkin dapat dihitung..dan seringkali alpa melanda diri apabila keinginan tak mampu dimiliki..Saat itu,kita merasakan kitalah orang yang paling malang walhal,Allah sedang menguji sejauh mana iman hambanya yang seorang ini.

Sungguh sahabat fillah,ana ingin mengajak kalian merenung sejenak mengimbas kembali segala nikmat yang Allah telah berikan tanpa minta sesen pun dari kita..Segalanya free of charge! Keep the changes..Sedarilah diri yang berasal dari sesuatu yang tidak dipandang sesiapa..Dan Allah berikan kemuliaan mengangkat kita sebagai khalifah di muka bumi ini...Ana bukanlah yang terbaik namun ana berazzam untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah..Syukurlah sekiranya masih diberi sedikit rasa melalui coretan ini kerana ana menulis dari sudut hati yang paling dalam buat pembaca..Biarlah usaha kecil ini menjadi bukti dihadapan Allah bahawa ana menyampaikan kepada kalian walau satu ayat..Last but not least,ana nak tinggalkan entum dengan sebuah kata-kata yang ana dapat melalui buku Travelog Budak Mentah ilham Hafizul Faiz..

kalau kita tak dapat apa yang kita suka,maka sukailah apa yang kita dapat

Memaknai sebuah kehidupan,Mendidik diri dengan Al-Qur'an,Membentuk diri dengan pengalaman...
Surah Ibrahim ayat 7;
Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya akan Aku akan menambah nikmat kepadamu 

Nikmatilah segala perancangan Allah dengan penuh syukur dan gembira..Wallohu'alam. 

Thursday 25 April 2013

Arkitek insani

Semua orang boleh menjadi guru tetapi tidak semua mampu menjadi seorang guru yang efektif atau bahasa mudahnya guru berkesan dalam mendidik murid.Mari kita singkap definisi guru yang efektif sebelum saya sebutkan ciri-cirinya.Mereka adalah guru yang mampu mengurus kelas dengan terkawal,membentuk suasana positif ketika sesi pembelajaran dan paling penting adalah mereka mampu menggunakan masa p&p dengan jayanya. 


Terdapat 3 aspek guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah seperti yang telah dinyatakan oleh Haliza Hamzah iaitu kualiti peribadi,kompetensi p&p serta penghayatan dan amalan nilai.Aspek kualiti peribadi itu sememangnya perkara semulajadi dalam diri seorang guru.Mana mungkin seorang guru tidak memiliki auranya tersendiri.Aura yang saya maksudkan ialah jiwa roh seorang guru pastinya akan membiaskan kesan mendalam pada murid.Guru yang bersemangat dan proaktif mampu memotivasikan murid kerana keinginan beliau untuk mengajar dapat dirasakan oleh murid-muridnya.Hal ini akan menyebabkan murid mudah faham isi penting pelajaran yang dipelajari.


Tugas seorang guru bukanlah seperti arkitek membina bangunan atau jalan raya.Namun kitalah murabbi arkitek manusia,membina jiwa insani yang punya seni tersendiri. 


Aspek kedua pula kompetensi p&p atau bahasa mudahnya kecekapan p&p.Saidina Ali berpesan,seseorang yang tidak mempunyai apa-apa tidak mampu memberikan apa-apa.Jelas maksudnya bahawa sekiranya guru ingin menyampaikan sesuatu mestilah menguasai keseluruhan bab yang ingin diajar kepada murid.Ia merangkumi pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik.Guru perlu memastikan murid dapat memahami isi penting pelajaran sepertimana yang difahami guru.Lebih baik sekiranya isi pelajaran dikaitkan dengan kehidupan seharian supaya murid mudah mengingatinya.Kecekapan guru dalam p&p melibatkan pelbagai kemahiran dan hanya guru yang berkemahiran sahaja dapat menguruskan kelas dengan mudah dan berkesan. 

Aspek terakhir adalah penghayatan dan amalan nilai.Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.Sayang sekali seandainya penampilan sudah cukup melambangkan seorang guru,namun intipati dalamannya kurang menghayati erti nilai sebenar keguruan.Guru sememangnya profesion popular kerana disanjungi masyarakat.Sekali bergelar guru,sampai bila-bila tetap dipanggil cikgu.Gurulah pendidik,pembimbing seterusnya menjadi qudwah hasanah dalam sesebuah masyarakat kerana guru adalah agen perubah generasi masa hadapan.Corak didikan guru akan terlakar melalui muridnya yang bergelar pemimpin masyarakat.Tidak kira apa jua kerjaya gah samada doktor,peguam,polis hatta Perdana Menteri sekalipun bermula dari seorang guru tua yang tidak jemu-jemu mendidik anak watan tercinta.Dalam erti kata lain,setiap bakal guru mestilah menghayati nilai sebenar roh seorang murabbi agar tidak menjadi fitnah kepada masyarakat kita.

jam tangan impianku..



Assalamualaikum...bersama lagi dalam warkah mushtoon edisi baru! Kali ini ana akan membawakan tajuk lain daripada yang lain..Berapa ramai orang yang akan bercerita tentang impian mereka..kebanyakannya menceritakan pengalaman,luahan rasa hati..namun ana dengan besar hatinya nak cerita kat entum tentang 'Aku Sebuah Jam Tangan'..

Disebabkan masih takda jam tangan,maka ana ambil gambar jam yang menjadi impian ana untuk memilikinya..

Tak kenal maka...ramai yang menjawab tak cinta..tp bg ana ,klu tak kenal maka ta'aruflah jawapannya..sama la klu lapar gi tulis kt fb,lg bagus klu dia gi terus makan kt dapur..tu pun kalau ad la..Ok la! berbalik pada tajuk kita kali ni,jam tangan yang diimpikan ialah Jam Tangan jenama HIJRA...pernah dengar? Jam ni sangat comel ,cantik dan mesra..mesti pelik...ya memang pelik sebab dia berpusing mengikut arah tawaf di Kaabah.Orang kampung ana ckp anti clockwise..

Namun bagi ana, ia punya kelebihan tersendiri.Sebenarnya,jam yang biasa kita gunakan sekarang adalah ciptaan orang Barat yang sengaja membuat rekaan jam melanggar fitrah ciptaan Allah..sunnatullah..cuba tengok trek larian..kelajuan pelari bergantung pada putaran larian ke kanan..sekiranya wujud trek kanan ke kiri..mesti slow abis larian si pelari tu...Subhanallah..hebat kan kuasa Allah..hanya mereka yang berfikir akan menemui nur..

Surah Yasiin ayat yang ke 40 jelas sekali menunjukkan bukti kekuasaan Allah.Klu nak tahu lebih lanjut ,sila lanjutkan pembacaan anda...


Ana berharap agar dapat memilikinya suatu saat nanti..Harga sekarang dipasaran RM120..tpi klu ad kabel kuat dapat la murah skit...kabel paling power --->ALLAH AZZA WAJALLA..Sambung study utk subjek exam sem ni..jangan malas-malas,culas-culas nanti kena pulas..insyaAllah seandainya kita tak dapat ap yang kita suka ,maka sukalah ap yang kita dapat..

Qobla akhir,maaf seandainya mengguris perasaan,kadangkala ana bercakap sesedap rasa,mungkin ada yang terasa..Jzkk.Wallohu'alam.

Wednesday 24 April 2013

cuba try test!

Assalamualaikum ,ini post pertama ,percubaan pertama..Salam taaruf alam maya..hadirnya ana(saya) disini untuk mencorat-coret penulisan walaupun bakat menulis amatlah menyedihkan..harapan agar kawan,sahabat mahupun enemy dapat memberi komen membina untuk pembangunan diri ke arah lebih mantap..Now time for taaruf..haiiya bi lughotul arobiah..insyaAllah..

Ana ukhtukum fil Islam,ismi Saidatul Mashitoh Binti Mohd Shahridin,askunu fi Madinatul 'Ula Johor,al aan,adrusu fi Maahad Lil Muallimin Batu Bahat Johor..InsyaAllah  khususan fi tarbiah aulad, Tarbiah Islamiah..Wulidtu fi sa'ah 9.15 lail 12 Oktober 1992..ana uhibbu usroti,abuyah wa ummi wa along,angah,Hassan,Aisyah wa soghirun akhi Syafie..Munzu soghir,uridu ay yakunu muallimah li 'anna kasiru fa'idatihi fiha..Qobla akhirul kalami,asykuru 'ala ni'matihi,allati tujadu fi kulla yaumi kulla saati,Ya robbi lakal hamdu,laka syukru..Alhamdulillah

Maaf sekiranya ada yang tak mengerti apa yang ana katakan di atas..ia hanyalah sekadar pengenalan diri seorang hamba Allah yang tidak punya apa-apa melainkan pinjaman sementara..Mudah-mudahan, penulisan ini mendapat keredhoaan Allah kerana tanpa redho dan rahmat Allah,siapalah diri kita kan...Segala yang baik datang dari Allah dan yg buruk dari ana sendiri...Jazakumullah khairan jaza' kerana meluangkan masa untuk membaca post ini..Wallohu'alam..